Patutlah. Apa yang patut?? Ermm..patutlah para ibu mendapat imbuhan tinggi di sisi Tuhan, bila tugasnya terlaksana mengikut apa yang telah diamanahkan. Luar biasa, syurga itu natijahnya.Terkenang peristiwa di rumah. Kala baring di persilaan mak, mak mengusap ubun-ubun anak-anaknya sambil membaca kalimah doa. Sungguh keharuan masa itu. Harapan seorang ibu bersemi dalam tiap baitan bacaannya. Terima kasih mak.
Ia, pesan Dr Tuah, bahagia itu bisa aja dikecap bila kita rasa insan yang berada disekitar kita itu adalah yang terbaik. Usah fikir keburukannya, tapi fikirkan kebaikan yang telah dia perbuatkan. Itu juga yang dicadang dalam makalah yang pernah dibaca.
Pendek kata, biar hargai apa yang ada di depan mata, daripada meratap tangis bila bahagia sudah kepergian kelak. Jika lah mereka itu tak sempat mengecap bahagia dari pemberian kita sebagai anak, sebagai kekasih, sebagai insan yang bertanggungjawab memberi bahagia itu??? Aduh, sesalnya..
Teringat kisah Umar yang mendiam diri bila isterinya membebel sakan di rumah sampaikan sahabat yang ingin meminta nasihat ttg rumah tangga tak jadi berjumpa dengannya. Umar senyum tanda redha. "Dia telah sudi menjaga kebajikanku, melahirkan anak-anakku, menjaga rumah dan segalanya. Besar benar pengorbanan isteri ku berbanding bila dia membebel begitu"
Ouh..
Dan, fenomena isteri bising suami diam ni memang banyak kedapatan di Bumi Tuhan ni ye tak?? Hemm..tak semua bisa memandangnya seperti mana Umar melihat ini. Lebihnya, seorang buka mulut, yang sorang lagi buat tak tahu atau counter attack. Maka, berperanglah jugak. Asam garam rumah tangga, ye tak??
Ia, hidup begitulah. Manisnya bila Allah ciptakan pasangan dengan kriteria melengkapi. Dan kata seorang sahabat, kita takkan dapat berpasangan dengan orang sempurna yang kita idam-idamkan. Segalanya sebagai cubaan, untuk kita fikir dan harungi. Ya, natijah bersabar itu memang besar.
Maka, percayalah..setiap mereka yang berada di sekitar kita tika ini adalah yang terbaik kurniaan Tuhan.
Mak di rumah. Memang suka membebel. Kami, buat pekak telinga. Tak pun, bersegera mengikut apa yang diperintahkan..hehe. Kadang memang nak bersuara [pertahan diri! tapi..] Ya, biar dia bercakap, melepas apa yang nak disuarakan.
Kasihan. Mak tentu penat di rumah, buat itu ini. Mak, bila letih ni, mahu jua dikongsi dengan kita. Bila dalam keadaan marah atau membebel. Biarlah, tentu lepas itu dia puas. Dia puas, senyum dan kita boleh dekatinya kembali. " Maaf mak" Then, buatlah apa yang disuruh.
Lain orang, lain gayanya. Yang penting ialah kesyukuran kita dengan apa yg Allah beri, sekurangnya masih ada mak yang sudi memasak dan bertanyakan kebajikan kita semua. Ada doa darinya...
Dr Fadzilah Kamsah pernah menyeru agar mak-mak menjadi sedikit tegas dengan anak-anak. Yelah, mak kan lebih rapat dengan anak-anak. Fungsi disiplin ini perlu, agar anak-anak bisa diwarnakan dengan sempurna. So, point nya kerjasama antara mak dan ayah perlu ada. Baru cantik hikmahnya :)Cite pasal mak, bonda, Ummi ni memang tak habis. Ini lagi satu. Mak ni kan, kalo nak tahu besar mana pengorbananya, dia ni dah masuk universiti Dunia pun.
Yelah, kawin je nanti, dia kena belajar bagaimana nak memasak, psikologi anak-anak, menjaga rumahtangga, akaun, ekonomi dan perbelanjaan. Huhu..hebat betul ye?? Hmm..memang fair bila Allah reward mak kita dengan pembalasan yang cukup indah, syurga di sisiNya.
Wanita yang sudah berkahwin tu, mudah je masuk syurga, bila dia hormat suaminya, jaga kebajikan rumahtangga, puasa di Bulan Ramadhan...segala kepatuhan dan kecintaan diletak erat dalan rumahtangga, maka di hadapannya nanti pasti disiapkan mahligai indah di sisi Tuhan, biiznillah :)
Konklusi apa nak diberi? Ermm..mak dah berkorban banyak untuk kita. Baik usah mengeluh jika dia membebel pun, sebab bebel itu tanda dia sayangkan kita. Cuba bayangkan jika mak dah tak bersuara lagi kelak?? Siapa pula nak ingatkan kita tentang itu dan ini?? Tiada siapa lagi. Ehh, bukanlah kata ayah takde peranannya, cuma nak fokus ttg mak:)Jadi, kita terima apa yang ada ya. Kita bahagiakan sesiapa sahaja, dengan kudrat yang masih ada.
Apresiasi cinta kita untuk kebahagiaan bersama. Mak, srikandi cinta..
1 comment:
salam.
early marriage -- a blessing. tajuk yang dalela dapat untuk presentation kelas parenting [ccac] dia. nak buat satu pendedahan ekslusif pasal ni? :)
Post a Comment